Kelas Multimedia Canva

2 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad, 1 Disember 2019 telah diadakan satu Kelas Multimedia Canva yang diadakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang. Tujuan kelas multimedia ini diadakan adalah untuk memberikan panduan, pendedahan dan juga latihan berkaitan penghasilan poster dengan menggunakan laman Canva secara percuma. Mereka telah menggunakan templet yang telah disediakan di laman Canva bagi mereka poster mereka dan mengubahnya mengikut kreativiti masing-masing. Mereka juga diberikan penerangan berkaitan setiap fungsi yang terdapat di laman canva. Di akhir kelas ini, mereka telah berjaya menghasilkan poster dengan mengikut kreativiti masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali